Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, saya dengan izin dan kurnia ilahi, saya telah diberikan kekuatan oleh-Nya, untuk menitipkan blog ini buat kali pertamanya. Niat utama penulisan blog ini bukanlah untuk memperoleh populariti mahupun tumpuan apatah lagi sebutan namun, diri ini berasa terpanggil untuk menyampaikan ilmu, pandangan, hebahan mahupun untaian mengenai perkara-perkara di dalam media pendidikan Malaysia pada hari ini daripada pandangan seorang guru Generasi Z yang peka dan teruja dengan perkembangan generasi hari ini.
Mulanya, saya ingin menjelaskan bahawa saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang ilmu ini apatah lagi pakar dan arif, namun saya berpegang kepada suatu prinsip iaitu pembelajaran ini merupakan satu proses dan ianya bukanlah destinasi yang hakiki. Kenyataan yang amat berat ini harus diterima oleh segenap pihak termasuk guru-guru dalam usaha meningkatkan kemahiran mengenadalikan kurikulum dan pedagogi di dalam bilik darjah.
Blog ini juga ditulis untuk mengurangkan pencairan maklumat yang berlaku pada hari ini. Pencairan disini bermaksud bahawa maklumat dan ilmu yang disampaikan semakin luntur dan tidak mencapai objektifnya. Contohnya, sesuatu hebahan dan arahan yang dikeluarkan akan mencair sekiranya ianya tidak disampaikan secara direct, terus kepada penerima. Oleh itu, mudah-mudahan penulisan ini dipercayai mampu mengatasi perkara ini daripada terus berlaku.
Dalam pada itu, blog ini juga ditulis sebagai jurnal harian saya sepanjang proses menimba ilmu ini. Bermula daripada tadika sehinggalah ke IPG. Saya yakin dan percaya bahawa begitu ramai pelajar pada hari ini yang tidak didedahkan dengan IPG ini. Perkara ini boleh dibuktikan dengan sumber, resource yang amat terhadad sekiranya anda cuba mencari lebih lanjut mengenai institusi ini. Setelah berada di IPG sejak 2017, saya berasa amat berdosa kerana gagal untuk menyebarkan tentang institusi perguruan ini kepada generasi ini. Saya berpendapat bahawa ramai yang berpotensi untuk menjadi seorang pendidik namun mereka tidak diberikan pendedahan yang sewajarnya.
Bukan itu sahaja malah, penulisan blog ini dijangkakan akan memberi peranan yang dominan dalam merekod segala dapatan dan perkongsian ilmu sepanjang keberadaan saya di IPG mahupun ketika menjadi guru kelak. Semoga sifat istiqamah terus mengalir dalam diri ini agar lebih banyak perkongsian boleh dilakukan.
Akhirul kalam, semoga semua pembaca blog ini akan memperoleh manfaat daripada penulisan ini lantas mampu menyumbang kepada perubahan tinglah laku masing2 daripada tahu kepada lebih tahu. Saya adalah amat terbuka untuk menerima teguran, cadangan, soalan dan pandangan oleh kesemua pembaca.
nub
ReplyDelete