Sebelum memasuki sekolah rendah, saya telah dihantar ke taman didikan kanak2 (tadika) selama dua tahun dan ber-prasekolah selama setahun (ya, dah mula belajar sejak berumur 4 tahun 😂. Tindakan bijak oleh ibu bapa saya ini telah menyebabkan saya bersedia sebelum masuk ke darjah satu. Saya turut sudah menguasai kemahiran membaca sebelum masuk ke sekolah. Perkara ini membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting dalam membentuk kemenjadian seseorang murid itu dan mempersiapkan dirinya untuk meneruskan proses pembelajaran.
Setelah itu, saya bersekolah di SK Felda Tersang 3. Raub. Sekolah yang serba biasa daripada segi fasiliti namun dipenuhi oleh guru-guru yang tekun, gigih, rajin dan berkemahiran. Pada sebelah petang pula, saya mengikuti Sekolah agama rakyat selama 5 tahun. Alhamdulillah, saya telah memperoleh keputusan 5A bagi UPSR dan 8A bagi UPKK. Pencapaian ini mencerminkan usaha gigih kesemua guru yang telah mengajar dan jauh sekali bergantung kepada usaha sendiri.
No comments:
Post a Comment