http://skftersang3.blogspot.com/
http://www.sas.edu.my/
http://ipgkpt.edu.my/site/
https://cikgubiokacak.blogspot.com/
https://manismenyengat.blogspot.com/
cikgufaizzuddin
Peneraju Pendidikan Berkualiti Abad ke 21
Monday, October 5, 2020
Thursday, May 21, 2020
Sejarah
Soalan
tugasan:
1. Pelajar perlu mengenal pasti satu hasil karya
pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu pada abad ke-14 sehingga abad ke-18.
2. Pelajar seterusnya memahami, menganalisis dan menilai
hasil penulisan tersebut berdasarkan:
a. Pendekatan kajian dan motif penulisan.
b. Perbandingan penulisan dan corak pemikiran penulis dengan
sejarawan lain.
c. Kritikan sosial penulis tersebut terhadap isu pembentukan
masyarakat dan pembinaan jati diri bangsa.
1. Pendahuluan
Menurut Noor, A. M. (2002),
Khoo Kay Kim dan Mohd Yusof Hashim berpandangan bahawa Pensejarahan Malaysia
telah bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM) iaitu pada sekitar awal
abad ke 16. Dengan lebih spesifik, pensejarahan ini bermaksud karya atau
sesebuah penulisan yang ditulis oleh penulis-penulis dan boleh dikaitkan dengan
unsur-unsur sejarah pada zaman tersebut. Penulisan-penulisan ini boleh terdiri
daripada catatan golongan istana, hiburan bahasa seperti sajak dan pantun
mahupun catatan rasmi kerajaan oleh penjajah. Oleh hal yang demikian, setiap
hasil karya haruslah ditulis oleh penulisnya yang tersendiri dan sewajarnya
dipengaruhi motif yang tertentu sepanjang penulisan karyanya.
Justeru, untuk menerangkan dengan lebih jelas, penulisan
ini akan mengambil karya Misa Melayu untuk dikupaskan. Misa Melayu, penulisan
kontemporari yang merupakan hasil pemerhatian dan kajian yang dilakukan oleh
seorang kerabat di raja Perak iaitu Raja Chulan. Naskhah ini berkisarkan kisah
benar yang telah berjaya menampilkan ciri-ciri pemikiran dan gaya hidup
masyarakat Melayu pada zaman feudal dahulu. Dengan kata lain, penulisan Misa
Melayu ini dilihat berfokus kepada interaksi pihak istana Perak dengan
masyarakat kebanyakan. Menurut Hashim, M. Y. (1987), naskhah ini terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu (1) bahagian induk yang ditulis pada zaman
pemerintahan Sultan Iskandar, (2) Bahagian syair yang menceritakan tentang
pelayaran Sultan Iskandar di Perak dan (3) bahagian pemerintahan dua orang
sultan selepas kemangkatan Sultan Iskandar.
Penulisan
ini dikatakan berkualiti tinggi dan memiliki ciri-ciri penulisan moden
disebabkan ianya menitikberatkan aspek kronologi di dalam penulisannya yang
dilihat terbukti ianya berlaku pada zaman abad ke-18 lagi. Lebih-lebih lagi, menurut
Noor, A. M. (2002), naskhah ini turut mendapat pengiktirafan oleh R. O.
Winstedt yang merupakan penulis orientalis yang terkenal dalam sejarah Melayu
disebabkan oleh ketelusan faktanya dan ciri-ciri penulisannya yang lengkap. Oleh
hal yang demikian, penulisan kritis ini akan melihat naskhah Misa Melayu ini
dengan lebih mendalam daripada sudut pendekatan kajian dan motif penulisan, perbandingan
penulisan dan corak pemikiran penulis dengan sejarawan lain dan kritikan sosial
penulis tersebut terhadap isu pembentukan masyarakat dan pembinaan jati diri
bangsa.
2. Ulasan kritis
a. Pendekatan kajian dan motif penulisan
Setiap
penulis mesti memiliki pendekatan dan motif penulisan yang tersendiri
termasuklah Raja Chulan yang menulis teks Misa Melayu ini. Pendekatan Raja
Chulan dalam menulis teks ini adalah dengan berfokus kepada kehidupan di Istana
Perak serta interaksinya dengan masyarakat yang berada di luar istana. Contohnya,
menurut Harun, J. (2013), di dalam teks tersebut ada menceritakan tentang
penggunaan sebuah jam besar yang berloceng di dalam Istana Perak. Jam ini telah
digunakan sebagai penanda waktu untuk membunyikan semboyan yang akan menandakan
waktu solat dan hari raya. Perkara ini menunjukkan peranan pihak istana yang
dominan dalam menguruskan kehidupan masyarakat.
Selain itu, penulisan ini ditulis dengan
bermotifkan untuk mengangkat sejarah kesultanan negeri Perak itu sendiri.
Menurut Harun, J. (2013) lagi, hal ini boleh dibuktikan melalui bahagian
permulaan teks Misa Melayu ini yang menceritakan tentang kisah asal-usul
raja-raja di negeri Perak. Lebih menarik, kajian tentang raja-raja ini telah
ditulis dengan bersumberkan teks Sulalatus Salatin seperti yang dinyatakan oleh
Raja Chulan itu sendiri. Perkara ini telah membuktikan bahawa matlamat penulis
untuk menulis sejarah yang asli tanpa unsur mitos dan bias dengan sumber
rujukan yang digunakan.
Bukan itu sahaja malah, menurut Sikana, M. (2010), di
dalam naskhah Misa Melayu ini turut bermatlamat dalam mengangkat darjat dan
kedudukan raja pada kedudukan yang tertinggi. Hal ini demikian kerana raja
merupakan ketua negara yang merupakan pelindung dan penjaga kepada seluruh
rakyat jelata pada masa tersebut. Perkara ini boleh dibuktikan melalui beberapa
syair yang telah ditulis di dalam naskhah Misa Melayu ini yang menerapkan
elemen ini. Contoh syair tersebut adalah seperti yang berikut:
Patik persembahkan suatu rencana,
Mendapat rahmat yang amat ghana,
Tuan sultan raja yang ghana,
Mendapat hakikat yang amat sempurna,
Arif sangat bijak laksana,
Mengetahui ilmu tuhan rabbana.
Dalam pada itu, penulisan ini turut berperanan untuk
mengagungkan istiadat-istiadat di raja yang diamalkan pada zaman tersebut.
Contohnya, menurut Shah, A. H. (2010), terdapat bahagian di dalam karya ini
yang menceritakan tentang istiadat perkahwinan Sultan Mudzafar Shah dengan anak
kepada Raja Muda Perak. Semasa perkahwinan tersebut berlaku, kerbau, itik,
timah, kapal malah sebuah istana turut dihadiahkan kepada Raja Muda Perak.
Perkara ini membuktikan bahawa taraf dan kedudukan sultan yang cuba diangkat
oleh Raja Chulan dengan menceritakan kegemilangan perkahwinan di raja yang
dijalankan pada masa tersebut. Menurut Hashim, M. Y. (1987), penulisan yang
bertujuan untuk mengangkat kedudukan sultan ini telah dilakukan kerana Raja
Chulan selaku penulis naskhah ini mungkin telah dipengaruhi oleh karya-karya
daripada negara rumpun Melayu yang lain seperti Acheh yang memiliki karya
Hikayat Acheh di mana karya ini telah mengangkat kehebatan pemerintahan Sultan
Iskandar Syah Musa Mahkota Alam Shah yang memerintah di sana. Justeru,
penulisan Misa Melayu ini turut menjurus kepada fokus dan matlamat yang sama.
Selain itu, penulisan Misa Melayu oleh
Raja Chulan ini turut bertujuan untuk mengangkat amalan masyarakat tradisional
Melayu. Selain daripada kisah raja-raja, naskhah ini telah menceritakan tentang
kegiatan ekonomi orang Melayu selaku penduduk tempatan yang mengamalkan
kegiatan pertanian. Perkara ini jelas terbukti apabila menurut Sikana, M.
(2010), terdapat bahagian dalam karya ini yang menceritakan amalan menangkap
ikan dengan menggunakan tuba di sungai-sungai di sekitar negeri Perak iaitu
Sungai Timah, Kuala Kinta. Oleh hal yang demikian, dapatlah dibuktikan bahawa
karya ini memang diangkat untuk menceritakan tentang gaya kehidupan orang
Melayu itu sendiri di samping penceritaan bertemakan istana.
Akhir sekali, elemen geografi dan
topografi bagi negeri Perak turut diselitkan oleh Raja Chulan menerusi karya
ini. Hal ini demikian kerana negeri Perak yang amat luas ini merupakan negeri
yang besar dan kaya dengan sungai-sungai yang begitu banyak. Menurut Hashim, M.
Y. (1987), elemen ini telah diselitkan di dalam karya ini menerusi fakta yang
dijelaskan yang berkaitan dengan keadaan alam semula jadi di Perak seperti
bentuk muka bumi Perak yang terbahagi kepada dua dan kewujudan jeram-jeram di
sepanjang sungai-sungai di Perak. Oleh itu, perkara ini membuktikan bahawa
keinginan Raja Chulan selaku penulis karya ini untuk berkongsi pengetahuan serta
pandangannya tentang keadaan geografi dan topografi di negeri Perak kepada para
pembacanya.
b. Perbandingan penulisan dan corak pemikiran penulis dengan
sejarawan lain.
Menurut
Noor, A. M. (2002), memang tidak dinafikan lagi bahawa setiap penulis yang berbeza
memiliki penulisan dan corak pemikiran yang berbeza. Oleh itu, selaku penulis
sebuah karya agung, Raja Chulan turut dilihat tidak terkecuali mengenai perkara
ini. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang
terdapat di dalam naskhah Misa Melayu dengan karya-karya daripada penulis lain.
Antara persamaan gaya pemikiran yang
dilihat terdapat di dalam naskhah Misa Melayu dengan penulisan lain ialah
fahaman bahawa orang Melayu mengamalkan kegiatan ekonomi pertanian seperti
bercucuk tanam dan menangkap ikan. Seperti Raja Chulan yang menulis Misa
Melayu, perkara ini turut dipersefahami dengan penulis lain seperti Raja Ali
Haji. Menurut Noor, A. M. (2015), menerusi karya Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji
turut menyatakan bahawa kegiatan ekonomi bagi orang Melayu ialah kegiatan
ekonomi pertanian. Perkara ini membuktikan bahawa kegiatan ekonomi orang Melayu
yang mengamalkan pertanian ini adalah tepat dan benar.
Dalam pada itu, gaya pemikiran di dalam
Misa Melayu yang lain ialah pengiktirafan yang tinggi terhadap kedudukan agama
Islam. Jika perbandingan dilakukan, pemikiran ini kelihatan sama dengan penulisan
Sulalatus Salatin oleh Tun Seri Lanang yang turut mengangkat kedudukan agama
Islam. Contohnya, kedua-dua penulisan ini telah menerangkan dengan lebih jelas
tentang agama Islam ini yang telah dianuti oleh sultan-sultan selaku pemerintah
pada kedua-dua era ini. Perkara ini menunjukkan bahawa kedudukan agama Islam
yang begitu tinggi pada pandangan masyarakat pada kedua-dua zaman tersebut.
Sungguhpun begitu, memang tidak dinafikan
lagi bahawa terdapat beberapa perbezaan gaya pemikiran yang terdapat dalam
naskhah Misa Melayu ini dengan karya-karya yang lain. Antara perbezaan gaya
pemikiran yang dilihat ialah pengiktirafan terhadap unsur mitos. Menurut Hashim,
M. Y. (1987), penulisan Misa Melayu memang tidak mengambil ringan tentang
penggunaan unsur-unsur mitos manakala penggunaan unsur mitos ini amat
berleluasa di dalam karya lain seperti Sulalatus Salatin tulisan Tun Seri
Lanang. Jika dilihat dengan lebih lanjut, penggunaan unsur-unsur mitos ini
telah memberi kesan terhadap pengiktirafan dan pandangan oleh penulis barat
terhadap karya itu sendiri. Hal ini terbukti apabila R. O. Winstedt sendiri
telah mengiktiraf karya Misa Melayu ini kerana pada pandangannya penulisan ini
adalah tepat, saintifik dan bebas daripada unsur mitos Winstedt, R. O. (1919).
Akhir sekali, perbezaan gaya pemikiran turut kelihatan
apabila karya Misa Melayu ini tidak bersifat bias terhadap mana-mana bangsa
mahupun kaum manakala penulisan lain seperti Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali
Haji dilihat lebih cenderung untuk mengangkat bangsa bugis itu sendiri. Tidak
seperti Raja Ali Haji, Raja Chulan telah menulis Misa Melayu dengan secara umum
namun berfokus kepada negeri perak sahaja. Contohnya, tiada bahagian di dalam
Misa Melayu yang mengangkat mana-mana bangsa tertentu manakala menurut Noor, A.
M. (2015), di dalam Tuhfat al-Nafis, bangsa bugis telah diangkat seperti dengan
kata-kata pujian tentang keberanian mereka untuk belayar merentasi lautan
Sulawesi. Jika dilihat dengan teliti, penggunaan unsur bias ini secara tidak
langsung telah memberi gambaran yang baik mahupun buruk terhadap sesuatu bangsa
itu kepada pembaca dan dipercayai mampu mempengaruhi penerimaan pembaca
terhadap karya yang dihasilkan.
c. Kritikan sosial penulis tersebut terhadap isu pembentukan
masyarakat dan pembinaan jati diri bangsa.
Pada bahagian akhir
penulisan kritis ini pula akan membincangkan tentang kritikan sosial yang telah
dilemparkan oleh Raja Chulan menerusi karya Misa Melayu terhadap isu
pembentukan masyarakat dan pembinaan jati diri bangsa .
Pertamanya, di dalam karya Misa Melayu ini, penulis menyatakan
bahawa masyarakat yang berbilang bangsa telah wujud di Perak adalah disebabkan
kerancakan aktiviti ekonomi yang dilaksanakan. Menurut Fang, L. Y. (2011), pada
zaman tersebut, kegiatan ekonomi yang dijalankan di negeri Perak dilihat amat
banyak. Hal ini mungkin disebabkan oleh bumi yang bertuah ini mengandungi hasil
bumi yang begitu banyak sehinggakan telah berjaya menarik ramai manusia yang
berbilang kaum untuk berdagang di Perak. Dikatakan bahawa, orang berbangsa Cina
telah mendiami Perak disebabkan bidang perlombongan bijih timah yang giat
dilakukan. Manakala, perdagangan gajah yang dipelopori oleh sultan pula telah
membawa orang dari benua India untuk datang mendiami negeri Perak. Justeru,
dapat dikatakan bahawa pembinaan masyarakat metropolitan yang berbilang kaum
yang wujud di negeri Perak sejak abad ke-18 lagi ini adalah disebabkan
kepelbagaian kegiatan ekonomi yang ditawarkan di negeri tersebut pada ketika
itu.
Dalam
pada itu, pembinaan jati diri bangsa yang harmoni di Perak telah dibina melalui
proses integrasi kaum yang diamalkan. Proses integrasi kaum ini dipercayai
telah dibina dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti keramaian yang menuntut
kepada penglibatan semua kaum di sana. Contohnya, menurut Shah, A. H. (2010),
apabila Permaisuri Perak hamil, satu istiadat melenggang perut akan diadakan
pada bulan ke tujuh kehamilannya. Sebelum istiadat tersebut diadakan,
dipercayai bahawa satu majlis keramaian akan diadakan yang mengandungi beberapa
aktiviti permainan dan tarian tradisional daripada pelbagai kaum di negeri
Perak. Aktiviti yang melibatkan kesemua kaum ini telah secara tidak langsung
merapatkan hubungan antara etnik dan bangsa dalam masa yang sama dilihat telah
berjaya mengintegrasikan kesemua kaum di Perak.
Akhir
sekali, di dalam penulisan Misa Melayu ini juga, Raja Chulan telah menempelak
kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh para pembesar yang dipercayai cuba untuk
menguasai kekayaan sultan. Untuk mentadbir negeri Perak, sebuah kerajaan Melayu
tradisional telah dibina dengan pemerintahan yang melibatkan rakyat-rakyat
terpilih sebagai pembesar. Namun, menurut Raja Chulan, dia mempercayai bahawa
terdapat sebilangan pembesar yang menjalankan kegiatan dagangan yang sangat
banyak dan tidak terkawal yang dipercayai untuk menguasai kekayaan sultan. Menurut
Hashim, M. Y. (1987), pengaruh para pembesar ini dilihat amat besar sehinggakan
mampu mempengaruhi keputusan pelantikan jawatan Raja Muda Perak yang akan
dijawat oleh kerabat di raja Perak. Sungguhpun begitu, keadaan menjadi terkawal
apabila terdapat sebuah kontrak dagangan yang ditandatangani oleh sultan dengan
Syarikat Dagangan Belanda (VOC). Kesan daripada kontrak ini telah menjadikan
sultan amat kaya raya disebabkan dagangan bijih timah hanya boleh dilakukan
melalui sultan dan tidak menerusi para pembesar lagi. Berdasarkan kritikan
sosial yang dilakukan oleh Raja Chulan ini, dipercayai bahawa kuasa dan
kepercayaan yang diberikan mampu mengubah peribadi seseorang kepada yang lebih
baik mahupun yang lebih buruk bergantung kepada prinsip dan pegangan hidup
mereka. Oleh itu, pemerintah tertinggi haruslah bijak dan peka dalam mengatasi
perkara buruk berkaitan penyalahgunaan kuasa untuk terus berlaku.
3. Rumusan
Berdasarkan ulasan kritis
yang telah dilakukan, dipercayai bahawa naskhah Misa Melayu merupakan sebuah
karya agung yang memiliki pendekatan kajian dan motif penulisan yang tersendiri
dan unik. Dalam masa yang sama, turut dapat dilihat bahawa penulisan dan corak
pemikiran Raja Chulan selaku penulis Misa Melayu ini amat berbeza dengan
sejarawan lain namun turut memiliki beberapa persamaan dalam beberapa aspek
seperti kegiatan ekonomi orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Akhir sekali,
turut dapat diperhatikan bahawa segala kritikan sosial yang telah dilemparkan
oleh Raja Chulan terhadap isu pembentukan masyarakat dan pembinaan jati diri
bangsa menerusi karya Misa Melayu ini adalah amat jelas dan berfokus kepada
penyatuan kaum dan keperibadian pembesar. Oleh hal yang demikian, sebagai
kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa usaha-usaha pengkajian terhadap
karya-karya agung seperti Misa Melayu ini sewajarnya dijalankan dengan lebih
giat dalam usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang celik sejarah dan berilmu.
4. Rujukan
Fang, L. Y. (2011). Sejarah
Kesusastraan Melayu Kelasik. Indonesia: Yayasan Pustaka Obor .
Harun, J. (2013).
Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di Cambridge
University Library. International Journal of the Malay World and
Civilisation, 3-17.
Hashim, M. Y. (1987).
Masyarakat Perak Abad ke-18: Intepretasi Historis Daripada Misa Melayu. Jurnal
Sejarah, 1-25.
Noor, A. M. (2002). Ilmu
Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor, A. M. (2015). Raja
Ali Haji: Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Shah, A. H. (2010).
Konsepsualisasi Ruang dan Habitat Tradisional Melayu. International
Journal of the Malay World and Civilisation, 177-187.
Sikana, M. (2010).
Perak dalam Sejarah Persuratan Melayu. Jurnal ASWARA, 77-108.
Winstedt, R. O. (1919).
Misa Melayu. Singapore: Methodist Publishing House.
5 Tahun di Putrajaya
Assalamualaikum wbt.
Setelah memperoleh keputusan yang agak cemerlang sewaktu peperiksaan UPSR pada 2011, saya telah membuat permohonan untuk kemasukan ke sbp dan mrsm. Untuk kemasukan ke sbp, saya telah dipilih untuk ditemuduga di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) yang merupakan pilihan pertama saya. Sesi temuduga berjalan dengan lancar dan baik dan tidaklah mengharapkan kemasukan ke sekolah selain daripada itu.
Pada akhir tahun 2011, keputusan temuduga tersebut telah keluar dan saya ditawarkan untuk menyambungkan persekolahan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Wow! Memang tidak terfikir untuk bersekolah di sana yang terletak amatlah jauh daripada rumah dan negeri kelahiran. Keputusan untuk menolak tawaran tersebut adalah amat tinggi dan hampir mustahil. Namun, pada saat2 akhir, saya diaruh untuk menerima tawaran tersebut maka bersekolahlah di sana untuk 5 tahun.
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) ini bukan satu nama kecil dalam pendidikan di Malaysia memandangkan ianya sarat dengan gelaran dan status yang dilabelkan ke atas sekolah bertuah ini. Antara gelaran sekolah ini ialah Sekolah di bawah naungan KDYMM Sultan Selangor, ssbp, sbp premier, sekolah kluster, sekolah band 1, sekolah bestari, sekolah strategik dan lain-lain. Maka, kesemua ini telah menjanjikan pengalaman pembelajaran yang unik dan 'exceptional' kepada para pelajarnya. Perkara ini boleh dibuktikan menerusi begitu ramai tokoh-tokoh negara yang dilahirkan menerusi institusi ini.
Berkaitan dengan profesionalisme keguruan, guru-guru di sekolah ini bukanlah mereka yang biasa memandangkan sebahagian besar mereka merupakan guru cemerlang, jurulatih utama kebangsaan yang begitu aktif dalam hub pendidikan ini. Maka, guru-guru ini merupakan tulang belakang yang dominan dalam mengekalkan kecemerlangan sekolah ini. Dengan adanya guru hebat seperti ini saya yakin dan percaya bahawa mereka telah membimbing kesemua guru-guru lain untuk mengikuti jejak dan langkah yang sama menerusi sesi PLC dan sebagainya. Kesannya, penyampaian pengetahuan kepada murid akan berjalan dengan lebih lancar dan seragam.
Contohnya, semasa saya di tingkatan 5, saya telah diajar oleh 10 orang guru yang merupakan guru cemerlang di dalam subjek kepakaran masing-masing. Lebih bertuah lagi, dua orang daripada mereka merupakan Guru Cemerlang Gred Khas C iaitu guru Sejarah dan Matematik Tambahan. Guru-guru ini amatlah aktif dalam bidang pendidikan negara daripada proses menggubal kurikulum, buku teks, soalan peperiksaan apatah lagi perlaksanaannya di dalam bilik darjah. Mereka adalah amat pakar memandangkan mereka terlibat dalam merangka kurikulum subjek itu sendiri. Maka, penyampaian arahan daripada KPM dan LPM adalah amat jelas dan cepat kepada kami tanpa sebarang pencairan maklumat yang berlaku. Kesannya, para pelajar akan sentiasa didedahkan dengan maklumat yang terkini dan berkualiti oleh guru-guru hebat ini.
Disini ingin ditekankan bahawa, peranan Guru Cemerlang ini amat dominan dalam menjana kualiti murid yang holistik apatah lagi menguasai kemahiran, ilmu dan pengetahuan minimum yang ditetapkan oleh KPM menerusi pentaksiran menerusi pertumbuhan murid. Hasil gigih guru-guru ini telah membuahkan hasil kepada para pelajar dan diri saya sendiri secara peribadi menerusi pencapaian akademik sekolah yang kekal terbaik saban tahun. Alhamdulillah, saya telah memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan spm pada 2016 berkat usaha gigih guru-guru ini. Maka, guru cemerlang ini amatlah kritikal di sesebuah sekolah agar murid akan mampu menerima akses pendidikan yang lebih baik dan berkualiti. Disini tidaklah bermaksud bahawa guru yang belum cemerlang itu tidak baik namun saya yakin dan percaya setiap guru sedang berusaha untuk mencapai tahap berkenaan dan gelaran itu adalah tidak penting namun pengalaman yang diterima guru disepanjang proses ini adalah amat penting kepada pelajar.

Bangku Sekolah Rendah
Sebelum memasuki sekolah rendah, saya telah dihantar ke taman didikan kanak2 (tadika) selama dua tahun dan ber-prasekolah selama setahun (ya, dah mula belajar sejak berumur 4 tahun 😂. Tindakan bijak oleh ibu bapa saya ini telah menyebabkan saya bersedia sebelum masuk ke darjah satu. Saya turut sudah menguasai kemahiran membaca sebelum masuk ke sekolah. Perkara ini membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting dalam membentuk kemenjadian seseorang murid itu dan mempersiapkan dirinya untuk meneruskan proses pembelajaran.
Setelah itu, saya bersekolah di SK Felda Tersang 3. Raub. Sekolah yang serba biasa daripada segi fasiliti namun dipenuhi oleh guru-guru yang tekun, gigih, rajin dan berkemahiran. Pada sebelah petang pula, saya mengikuti Sekolah agama rakyat selama 5 tahun. Alhamdulillah, saya telah memperoleh keputusan 5A bagi UPSR dan 8A bagi UPKK. Pencapaian ini mencerminkan usaha gigih kesemua guru yang telah mengajar dan jauh sekali bergantung kepada usaha sendiri.

Setangkai sireh, secalit kapur
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, saya dengan izin dan kurnia ilahi, saya telah diberikan kekuatan oleh-Nya, untuk menitipkan blog ini buat kali pertamanya. Niat utama penulisan blog ini bukanlah untuk memperoleh populariti mahupun tumpuan apatah lagi sebutan namun, diri ini berasa terpanggil untuk menyampaikan ilmu, pandangan, hebahan mahupun untaian mengenai perkara-perkara di dalam media pendidikan Malaysia pada hari ini daripada pandangan seorang guru Generasi Z yang peka dan teruja dengan perkembangan generasi hari ini.
Mulanya, saya ingin menjelaskan bahawa saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang ilmu ini apatah lagi pakar dan arif, namun saya berpegang kepada suatu prinsip iaitu pembelajaran ini merupakan satu proses dan ianya bukanlah destinasi yang hakiki. Kenyataan yang amat berat ini harus diterima oleh segenap pihak termasuk guru-guru dalam usaha meningkatkan kemahiran mengenadalikan kurikulum dan pedagogi di dalam bilik darjah.
Blog ini juga ditulis untuk mengurangkan pencairan maklumat yang berlaku pada hari ini. Pencairan disini bermaksud bahawa maklumat dan ilmu yang disampaikan semakin luntur dan tidak mencapai objektifnya. Contohnya, sesuatu hebahan dan arahan yang dikeluarkan akan mencair sekiranya ianya tidak disampaikan secara direct, terus kepada penerima. Oleh itu, mudah-mudahan penulisan ini dipercayai mampu mengatasi perkara ini daripada terus berlaku.
Dalam pada itu, blog ini juga ditulis sebagai jurnal harian saya sepanjang proses menimba ilmu ini. Bermula daripada tadika sehinggalah ke IPG. Saya yakin dan percaya bahawa begitu ramai pelajar pada hari ini yang tidak didedahkan dengan IPG ini. Perkara ini boleh dibuktikan dengan sumber, resource yang amat terhadad sekiranya anda cuba mencari lebih lanjut mengenai institusi ini. Setelah berada di IPG sejak 2017, saya berasa amat berdosa kerana gagal untuk menyebarkan tentang institusi perguruan ini kepada generasi ini. Saya berpendapat bahawa ramai yang berpotensi untuk menjadi seorang pendidik namun mereka tidak diberikan pendedahan yang sewajarnya.
Bukan itu sahaja malah, penulisan blog ini dijangkakan akan memberi peranan yang dominan dalam merekod segala dapatan dan perkongsian ilmu sepanjang keberadaan saya di IPG mahupun ketika menjadi guru kelak. Semoga sifat istiqamah terus mengalir dalam diri ini agar lebih banyak perkongsian boleh dilakukan.
Akhirul kalam, semoga semua pembaca blog ini akan memperoleh manfaat daripada penulisan ini lantas mampu menyumbang kepada perubahan tinglah laku masing2 daripada tahu kepada lebih tahu. Saya adalah amat terbuka untuk menerima teguran, cadangan, soalan dan pandangan oleh kesemua pembaca.

Subscribe to:
Comments (Atom)